Friday, September 28, 2007

perihalku....last day!!!

salam..

harini perasaan aku bercampur baur..antara suka dan gembira,sedih dan terharu..banyak kenangan suka dan duka di Suria...dan banyak perkara yang aku belajar disini..namun banyak juga yang aku kecewa disini...apapun perjalanan hidup aku masih panjang...masih banyak ranjau yang perlau aku tempuhi kelak...

kenangan di Suria tetap kenangan yang terindah walaupun perit untuk diakui...

chow..

Tuesday, September 25, 2007

kegemilangan yang akan kembali...

perihalku...hidup pasti rancak

salam..

kini tinggal lebih kurang 5 hari sahaja lagi sebelum aku melepaskan jawatan aku sebagai eksekutif penyiaran di suria FM..tatkala ini pelbagai rasa membelenggui fikiran dan perasaan aku..rasa seronok pun ada rasa sedih pun ada...namun semua itu terpaksa aku telan..

rasanya setahun di Suria FM banyak yang aku pelajari...aku telah merasai dunia penuh glamour seorang selebriti...melalui saat2 terpaksa melupakan indentiti aku yang sebenar atau senang citer hipokrit...terpaksa mengorbankan masa rehatku...semuanya telah aku rasa...

apakah aku akan dapat melupakan saat2 ini..atau aku akan terus mengecapinya...

kepada semua pendengar-pendengar yang pernah bersama dengan aku sepanjang aku bersiaran terima kasih diucapkan..mungkin ada silap dan salah sepanjang aku bersiaran harap di maafkan...

sekarang memang hidup aku betul2 rancak...

chow

kenangan terindah di konti suriafm

perihalku..sahabat2ku 2

salam..

kalau sebelum ni aku bercerita tentang sahabat2 perempuanku sekarang ni aku nak bagitau kat korang tentang geng2 lelaki aku plak...anyway ada beberapa muka baru yang join kitaorg kali ini..diantaranya Yong,MK,Andy,Rafiq,Alvin,Shah,Safirul,Akmal dan juga tranformers ataupun stage crew kebanyakannya muka baru..

kalau dah ada kengkawan baru mestilah ada perangai barukan so yang paling 'popular' dikalangan budak baru ialah Yong...sebab budak ni kuat melatah..dah macam tahap dewa beb..hehehe..anyway Yong seorang yang senang untuk berkawan kerna dia actually seorg yang pendiam...Safirul plak walaupun agak reserve tapi kuat menyakat jugak...manakala group infinatez plak ada yang ok dan ada yang 'hangin' skit...ahaks..apapun mereka semuanya kawan2 aku dan aku seronok bekerja dengan diaorg ni....sorg lagi ni plak dia ni bleh dikatakan star ler dalam tamil industry...sbb pernah jadi hos tv...nama dia MK ataupun kitaorg panggil dia Kudin..hehehe..dia ni kekadg berangan yang dia tu macam Sivaji...hehehe filem hero tamil..ahaks sampai kitaorg semua pun dah terikut cara dia buat gimmick..ahaks..

anyway biar sapa pun yg join ensemble kali ini yang pasti semua nya 'giler'...yang lain macam biasa ler...si Chedd masing dengan gadget2nya..Megat dengan perangai menyakatnya..yunus ngan ariff masih ayu.hehehe...si adik@Firdaus always ngan stylenye and lambat..ahaks...si Fifi@Fairuz dah keje skrg ni ngan Celcom..hehehe..Capt Talib masih lagi selamba..Leslie sekarang dah jadi towkey kasut..sapa lagi erkk..yang tu je kot ensemble lama..hehehe...

dan nanti aku nak citer kat korang plak tentang sahabat2 main cast...

chow

Monday, September 24, 2007

perihalku..sahabat2ku

salam..

sekarang ni sedang rancak berlangsung latihan P.Ramlee the Musical di istana budaya..setiap hari aku dan kengkawan sibuk dengan step yg diberikan oleh Pat,direction oleh Adlin and welcome back to Zahim...namun dalam kesibukan kami membuat latihan ada dikalangan sahabat2 aku sibuk dengan hal masing2 bila mereka tidak terlibat dalam scene yang diperlukan..

biar aku mulakan satu persatu...hehehe...aku suka dengan gelagat si Fern bila beliau tidak boleh berenggang dengan kamera nya dan yang peliknya shot yg di ambil sememang superb..aku tak tau plak kalau si amoi sesat ni mmg amik dan belajar tentang photography...ahaks..lain plak ceritanya dengan Diha...si budak kecil ni dah pandai berdrama dengan aku dan sekrang ini dah nampak belangnye..hehehe..dulu diam aje sekarang ni bukan main lagi menyakat orang...thats my angel..hehehe..dan seperti biasa si Baby,Nadia & Zana masing2 maintain vogue..hehee..tapi diaorng ni mmg geng giler aku...

dan dalam banyak2 geng aku yang sorang ni pelik skit sebab ada minat baru..hehee..member aku sorang ni dah giler menulis dalam blog selepas aku rekomen kan..hehehe..dah kena penyakit tak leh berenggang dengan keyboard dan pc ler jawapnye..siapa lagi kalau bukan si E-Ein..hehee..siap tulis dulu apa yang nak di hantar kat blog...tapi takpe aku akan menyokong kau E-Ein sebab bukan senang nak jumpe orang yang minat menulis dan shared something with strangers...

dan kali ini kami semakin kuat..."union" kami semakin kuat..mana taknya bayangkan Enfiniti nak buat majlis buka puasa dengan syarat cuma boleh bawak sorang je teman..kepala hotak diaorng masa ni ler kita nak berbuka dengan family tapi diaorng main belasah je syarat..dan yang paling best masa diaorg tanya sapa nak pegi semua tak angkat tangan..ahaks padan muko engkau..hehehe

bukan niat nak tunjuk terer tapi kekadang kita kena 'keras' skit supaya orang diatas tidak mengambil kesempatan diatas ketidak apaan kita...

anyway banyak yang aku nak coretkan namun sekarang ni aku kat ofis so dah pakai pc awam tak leh le lama2 beb..hehehe...

chow

Sunday, September 23, 2007

perihalku...sedih

salam..

bukan simpati yang dipinta namun semua orang akan tersentuh dengan apa yang berlaku pada adik Nurin...aku sememangnya mengikuti perkembangan ini dari saat adik Nurin hilang...dan aku begitu sensitif dengan perkara ini kerna naluri aku amat cepat tersentuh kalau apa2 yang terjadi pada insan kerdil ini...

perasaan ingin tahu berbuak-buak...tatkala aku mendengar berita melalui radio didalam kereta aku..hanya tuhan yang tahu apa perasaan aku masa itu...pada saat media melaporkan tentang penemuan seorang budak yang dijumpai dalam sebuah beg aku tidak terlintas yang itu adik nurin kerana menurut laporan budak itu tidak mempunyai tanda BCG yang ada pada orang kita...namun ke esokan harinya media melaporkan yang DNA budak itu sama seperti adik nurin hati aku gundah gulana...dan setelah membaca laporan yang keluarga nurin tidak mengakuinya aku sedikit teeruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini..dan dengan kuasa ALLAH keluarga nurin menerimanya sebagai takdir dan mayatnya dikebumikan..

mengalir air mata aku bila aku membaca laporan akhbar..tentang cerita syahdu dari rakan2 sebayanya...bayangkan bilamana ayat2 yang sememangnya tulus dan benar dari seorang budak yang berusia 8 tahun,9 tahun...'kami dah tak dapat main petang2 dengan kak ngah'..'nurin seorang rakan yang baik'...'saya dah tak dapat main kejar-kejar dengan kak ngah''...terharu dan sayu...

aku pasti kita semua pernah melalui zaman kanak2...kita pernah merasa sebatan getah paip hinggap dibelakang kerna leka bermain sehingga masuk senja..pernah penat bersama2 dengan rakan sebaya mengejar ayam pak mat hanya untuk menguji lastik kayu..pernah bermandi lumpur bila rumah dilanda banjir...semuanya dilakukan dengan penuh keseronokan tanpa bimbang walau sedetik pun...itu semua hanya akan dapat dilalui waktu kanak2...

adik nurin punya hak untuk terus hidup...punya hak untuk terus berdiri,berlari,tidur,ketawa,sedih dan mencapai cita-cita..namun hajatnya tidak kesampaian..tuhan lebih menyayangi adik nurin...

aku masih sedih dan marah dengan apa yang berlaku..dan manusia binatang yang membuat onar ini patut di hukum dengan sekeras-kerasnya..kalau boleh biar dia diseksa bagaimana mangsa itu dibahamnya...

ada terdetik dihati aku, kalau nanti bintang ini ditemui..aku ingin saja menyampaikan tumbukan jantan aku kemukanya...biar aku dihukum namun aku berpuashati dengan apa yang akan aku lakukan...mungkin bukan aku seorang yang akan berbuat demikian..jaga kau binatang busuk!!

chow

Monday, September 17, 2007

perihalku...Ramadhan

salam,

kdg2 kita perlu sacrifice dlm kehidupan...dan nampaknya aku akan membuat satu perkara yang besar dlm hidup aku...memang berat hati ini namun aku tak mahu hati dan perasaan ini terus dibelenggu oleh perkara ini terus menerus..

impian untuk menjadi seseorang dan mencapai impian hidup hampir berjaya,namun ianya hanya sementara kerna aku dipermain dan di dusta oleh mereka2 yang berkuasa..kecewa?!! ahaks..jangan disebut perkataan itu..siapa yang tidak merasa kecewa seandainya diperlakukan sebegitu rupa..masa mula masuk janji bukan main lagi..lepas tu hampeh..

apapun itu satu pengajaran buat aku..sekarang ni aku keje pun cuma untuk end up aku punya contract..kalu ikut hati dah lama aku chow...tapimaku tak mahu jadi seperti mereka itu yang engkar pada janji..

apapun aku akan menunggu apa yang mereka akan offer bila contract aku abis nanti

anyway aku terus teruja dengan latihan p.ramlee the musical

chow

Wednesday, September 05, 2007

perihalku tengah bengang...

salam..

amacam hidup korang??..ok ker?atau k.o!!...apapun gud luck to u guys..anyway banyak mende yang bermain dikepala ku ketika ini...segalanya bercampur aduk dan menjadi seperti nanah yang bila2 masa sahaja akan meletup tapi tak tau bila..bak kata orang2 lama kena tunggu dia masak dulu baru ianya meletup...nak tunggu masak erkk,aku yang masak sekrang ini!!..

hidup ini kadang2 membosankan..dan bosan kadang2 perlu dalam kehidupan kerna bosan itu satu nikmat dan juga bosan itu satu laknat!!...korang pernah rasa bosan tahap dewa tak??...maksud aku tahap yang memang rasa bangang sangat..buat apapun semuanya tak jadi..fikir apapun bak masuk kiri keluar kanan....hampeh betul rasanya...

perlu ke kita menipu diri sendiri dengan berlaku hipokrit dan tidak pernah akan mengaku akan adanya bosan..nak berlakon seolah-olah kita ni perfect human..rileks memanjang dan kalu ada problem pun bleh settle punyer...camtu ler yang aku cuba buat lately nih namun makan aku balik kerna aku susah nak menipu diri aku sendiri..

mungkin dengan mencoretkan sesuatu disini aku dapat ' melepaskan' diri aku dari belenggu irama bosan..ahaks..

chow!!