Friday, March 23, 2007

perihalku....

hi..

hari ini Kuala Lumpur agak mendung...hujan setiap petang membuatkan semua orang seperti malas untuk bergerak...ermm..news arini seperti biasa ler..menceritakan kepincangan dunia..tapi yang paling aku geram sekali arini bila membaca paper ialah ada satu gambar dimana ditunjukkan seorang wanita palestin di gigit oleh anjing si laknat israel...membakar amarahku tatkala aku melihat gambar tersebut..tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan seorang wanita itu ketika diserbu oleh anjing israel..sedangkan kita sendiri pun akan bertempiaran lari apabila disergah oleh anjing yang sebesar budak berusia 7 tahun...

entahlah dunia...sampai bila kita harus melihat semua ini...mungkin sampai kiamat??..namun yang peliknya bukan masyarakat isalam tidak ada persatuan.organisasi ataupun badan yang menjalankan kegiatan mereka kononnya untuk orang islam..contoh yang paling dekat ialah OIC dimana pengerusinya semua sudah maklum ialah Pak Lah...apa yang pak lah buat sekarang?..adakah terus melihat dengan apa yang berlaku ataupun cuma menyalak dari jauh saja..

terfikir juga aku mungkin juga PM kita ni tak mendapat arahan dari si Khairy?!..macam2 kita baca tentang mereka ini dan sekarang ni kecoh dengan hubungan dingin antara PM ngan TPM..entah ler..betul ker..mungkin juga kerana dari mata kasar kita dapat melihat banyak acara2 besar mereka tidak sekali...

tunggu je lah apa saja yang akan berlaku tol tetap tidak diturunkan,minyak cam biasa lagi dan kita akan terus mengharap dari mereka ini...

bila election ye!!!

chow

Monday, March 19, 2007

perihalku....dunia baru

hi..

ntah le kadang2 aku rasa macam takde orang yang baca blogs aku nih but aku tetap coretkan jugak apa yang aku nak tulis..pegi mampus le..ahaks...kekadang menulis ni dapat menenangkan jiwa yang kusut...ewahh berfalsampah plak...anyway kali ni aku nak cite kat korang sume tentang dunia baru ku...sebagai dj radio di suriafm..

aku tahu apa yang aku buat...sebab apa saja yang aku buat selama ini adalah disebabkan oleh minat aku dan kecenderungan aku untuk meneruskan apa saja yang aku suka..dan kesukaan aku ini juga lah yang telah membawa aku berjumpa dengan orang2 yang selama ini aku impikan...minat aku juga telah berjaya membuat empayar aku sendiri dalam dunia aku...bak kata semua rezeki manusia tak dapat dilihat namun kalau manusia itu sendiri berusaha pasti akan ada rezeki itu!!...

dunia baru aku...ahaks memang ini yang aku impikan...akhirnya apabila aku berusia 33 tahun aku dapat mengecapinya..mungkin berkat usaha yang tak pernah luntur dari dalam diri aku..mungkin juga hasil doa dari orang2 di belakangku...atau mungkin tahun ini tuah buat aku..

banyak perkara baru yang aku pelajari..ada yang perlu aku ikut dan ada yang terpaksa aku buat..namun itu semua asam garam dunia baru aku..

chow...beb