Monday, July 23, 2007

perihalku...july 2007

salam...

sebenarnya aku malas nak coretkan apa2 pun dlm blog aku nih..sebab rasanye takde sesape pun yg membacanye..namun keinginan untuk 'memberitahu' kepada orang-orang diluar sana membuatkan jari-jemari aku gatal untuk menaip papan keyboard ini...

ada perkara yang aku boleh coretkan ketika ini dan ada yang aku kena 'peram' dulu sebelum korang tahu..hehehe....sabarkan separuh daripada iman..ahaks..baiklah aku mulakan coretan aku tentang Malaysia dilanda musibah lagi...jangan khuatir bukan musibah yang akan memusnahkan negara tapi musibah yang kategorinya agak menjerut perasaan sesetengah orang...

buku terakhir ataupun istilah yang digunakan 'the final episode of Harry Potter' mejadi rebutan seantero manusia yang kononnye gila membaca dan juga suka mengumpul koleksi buku..rasa macam menyampah pun ada juga kerana ada kawan-kawan aku yang tiba2 sahaja menjadi peminat buku...semata-mata mengikut trend terkini iaitu perlu ada naskah yang kononnya amat berharga walaupun harga buku tersebut mencecah rm100 lebih...kalau betul mereka ini peminat buku,kenapa buku-buku tulisan sasterawan negara tidak terjual...kalau betul mereka ini pengemar seni,mereka tidak akan memilih buku-buku tertentu sahaja...

kemarahan dan menyampah aku makin ketara apabila ada medium-medium tertentu begitu teruja untuk melaporkan tentang kejayaan buku tulisan J.K Rowling seolah-olah dia ini sasterawan negara dan perlu diberikan publisiti berlebih-lebihan,...

mana perginya pihak yang kononnya memartabatkan penulis-penulis negara..apa kata kalau di buat cetakan terbaru dengan 'presentation' yang baru dan terbitkan kembali 'salina'..'langit petang'..dan banyak lagi naskah-naskah agung mereka...kemudian lakukan seperti mana promosi yang dibuat oleh gedung-gedung buku terkemuka, bekerjasama dengan mereka dan kita tunggu hasilnya...adakah masyarakat akan beratur berjam-jam atau hanya pak guard dan kakitangan gedung tersebut sahaja yang dilihat menunggu pelanggan mereka datang untuk membeli buku tersebut...

ayuh kembalikan martabat dan maruah penulis-penulis nasional..

50 tahun merdeka tapi kita masih dijajah....setuju atau tidak..!!

chow...

2 comments:

feeza said...

setuju......!!!

SaRaH said...

sy bace smua w/pun dah brtahun2 di-post..heheh..
sy turut sengal dgn pengumpul2 koleksi harry potter ni, trmasuk ckgu i..
minda org kita je yg still dijajah...