Monday, June 18, 2007

Perihalku...macam-macam..tribute 2 someone..

salam..

aku membesar dengan pelbagai corak dan warna...tapi kehidupan dan diri aku tidak dapat dipisahkan dgn muzik..ianya seakan sinonim dgnm apa yang aku kecapi ketika ini dan boleh dikatakan kejayaan hidup aku banyak disulami dengan muzik..

setiap manusia punya cerita yang tersendiri dan sememangnya kehidupan tidak dapat dipisahkan dengan muzik..aku dibesarkan oleh keluarga aku bersama alunan irama dari vinyl atau lebih mesra alam dipanggil piring hitam,record dan tentunya suara dari Hail Amir,Carefree,Biddu,Bee Gees,sudirman dan tentunya Alleycats..

semua orang dah maklum dengan pemergian mendiang Loga..hati aku tersentuh bukan kerna aku peminat besar mereka tapi sejarah nyanyian aku didepan khalayak ramai ialah lagu-lagu dari Alleycats semestinya lagu pertama y6ang aku nyanyikan di khalayak ramai ialah lagu bertajuk andai aku pergi Dulu...masih aku ingat waktu itu aku masih kecil baru nerusia 7-8 tahun..masa tu ada keramaian di tempat tinggal aku sempena hari raya dan kebetulan depan rumah aku ada sebuah band yang sering mengadakan latihan dan aku sering menjengok di luar tingkap untuk melihat mereka berlatih dan apabila aku balik ke rumah aku akan menyuruh mak aku ataupun aku sendiri untuk memainkan record kegemaran aku iaitu lagu dari Alleycats...

dan nak jadi cerita satu hari mereka mendenagr aku menyanyi di rumah aku..lalu mereka memberitahu mak aku yang mereka nak aku menyanyi bersama mereka untuk majlis hari raya..bayangkan budak kecil yang selalu menyanyi suka-suka diajak menyanyi dengan sebuah band..ahaks..kejut perut dibuatnya..namun aku sahut cabaran tersebut dan samapi masanya aku buat pertama kalinya menyanyi didepan khalayak ramai...

memang satu kenangan yang tak akan aku lupa sampai bila-bila...nostalgianya Alleycats dengan diriku ialah kerana banyak lagu-lagu mereka yang aku hafal dan record mereka menjadi koleksi keluargaku bermula dengan album pertama mereka tahun 78 dan tentunya aku juga sering menyanyikan lagu mereka ini bilaman aku menjadi emcee untuk function yang aku buat siasp dengan rambut afro..walaupun bukan rambut yang ori namun aku bangga kerna akhirnya aku tergolong bersama mereka dengan wig afro aku...

impian aku untuk bertemu dengan David dan Loga akhirnya termakbul juga dalam satu majlis tahun 2006...tentunya aku tak merasa begitu ralat sangat..

to Loga family's dont be so sad..a lovely and humble person like him never alone on his journey...

may god blessed him..

1 comment:

aza said...

Anda memang seorang yg amat bertuah... berbakat...suara anda mmg sedap...
Saya suka membaca blg anda...
Sukar nak saya bicarakan dgn kata2...
Mmg saya kagum dgn kebolehan anda...
Teruskan segalanya...... doa kami sentiasa mengiringi anda..