Monday, June 18, 2007

Perihalku...macam-macam..tentang kehidupan

salam sejahtera,

perjalan hidup seseorang memang berlainan..suka dan duka silih berganti namun itu semua rencah kehidupan...apa yang terjadi mungkin satu dugaan ataupun rencana orang yang tidak tahu dan tidak pernah merasa ertinya pengorbanan..

pengorbanan banyak sifatnya dari segi kehidupan,masa,maruah mahupun jiwa namun pengorbanan disebabkan pihak lain itu namanya pengorbanan sia-sia namun dipandang darjat mulia oleh mereka yang tidak tahu apa itu pengorbanan..

kesungguhan seseorang dengan pekerjaannya amat dipuji namun sejauh mana pujian itu diangkat belum tahu lagi..kekadang penindasan juga boleh diertikan sama seperti kesungguhan oleh mereka yang bodoh..lagi ditindas lagi bersungguh mereka ini melakukannya pada golongan orang bawahan seperti aku dan mungkin juga kamu...

sebagai seorang manusia aku punya perasaan..orang yang menindas pun mempunyai perasaan tapi bezanya perasaan aku amat dalam..sekali aku tersentuh selamanya akan terasa dan perasaan mereka amat longgar kerana mereka tolol tentang perasaan manusia yang bergalang susah bukan bergalang mewah..

aku tidak pernah merasa sakit sebegini rupa..perit untuk dilalui..payah untuk ditelan..setiap orang punya matlamat dan harapan namun apabila harapan yang digalas hancur maka akan hancurlah sekali matlamat yang dicari..apa ertinya kalau kita masih berada di tempat yang sama namun bertukar landasan yang asal..memang kata orang semua itu dugaan hidup tapi seandainya landasan itu cuma landasan yang seiringan cuma berbeza arah dilandasan yang sama...senang cerita seperti makan nasi pinggan yang sama dengan nilai yang sama namun yang satu lagi mendapat lauk yang lebih...apa rasanya?!

aku cuba menelan tapi tersangkut juga walaupun bersulam air tetap tidak lepas masuk ke tekak,aku cuba mengunyah namun tidak hancur kerana mulut ini penat untuk melakukannya,aku cuba untuk simpan saja dalam mulut namun takut nanti menjadi busuk dan terus menjadi penyakit yang payah untuk sembuh buat selamanya dan mulut aku akan menjadi busuk seperti mulut mereka...

1 comment:

AwA said...

One of the most beautiful writings i've read so far.. so meaningful and deep yet dangan penuh seni dan kata-kata yang menusuk kalbu.. Rasa macam nak menetik air mata.. huhue