Friday, March 23, 2007

perihalku....

hi..

hari ini Kuala Lumpur agak mendung...hujan setiap petang membuatkan semua orang seperti malas untuk bergerak...ermm..news arini seperti biasa ler..menceritakan kepincangan dunia..tapi yang paling aku geram sekali arini bila membaca paper ialah ada satu gambar dimana ditunjukkan seorang wanita palestin di gigit oleh anjing si laknat israel...membakar amarahku tatkala aku melihat gambar tersebut..tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan seorang wanita itu ketika diserbu oleh anjing israel..sedangkan kita sendiri pun akan bertempiaran lari apabila disergah oleh anjing yang sebesar budak berusia 7 tahun...

entahlah dunia...sampai bila kita harus melihat semua ini...mungkin sampai kiamat??..namun yang peliknya bukan masyarakat isalam tidak ada persatuan.organisasi ataupun badan yang menjalankan kegiatan mereka kononnya untuk orang islam..contoh yang paling dekat ialah OIC dimana pengerusinya semua sudah maklum ialah Pak Lah...apa yang pak lah buat sekarang?..adakah terus melihat dengan apa yang berlaku ataupun cuma menyalak dari jauh saja..

terfikir juga aku mungkin juga PM kita ni tak mendapat arahan dari si Khairy?!..macam2 kita baca tentang mereka ini dan sekarang ni kecoh dengan hubungan dingin antara PM ngan TPM..entah ler..betul ker..mungkin juga kerana dari mata kasar kita dapat melihat banyak acara2 besar mereka tidak sekali...

tunggu je lah apa saja yang akan berlaku tol tetap tidak diturunkan,minyak cam biasa lagi dan kita akan terus mengharap dari mereka ini...

bila election ye!!!

chow

1 comment:

Anonymous said...

Entah la... Apa nk jadi dgn Melayu....