Sunday, October 01, 2006

perihalku...pesan aku pada anakku


Pesan aku pada anak ku
Pertama kali mendengar suara mu
Memecah kesunyian sanubariku
Lembutnya kulit yang membalut tubuhmu
Lembut jua hati kerasku bila kita bertemu..

Pesan aku pada anak ku..
Bila dibisik ayat suci itu..
Ditelinga merahmu terdengar sesuatu
Suara ajaran dan anutan roh mu
Terpatrilah kini kau pengikut rasul al amin..

Pesan aku pada anakku
Tatkala aku membelek wajah putihmu
Selembar senyuman terhias dimukaku
Zuriat ku terbukti didepan mataku
Melangkah diriku ke alam yang baru..

Pesan aku pada anak ku
Bila dewasa nanti jadilah insan yang mengguna ilmu
Tiap perbuatan dihalusi selalu
Tidak ada kesangsian bila fikiran buntu
Kerana sering memohon restu orang tua mu

Pesan aku pada anak ku
Jangan diikut nafsu melulu
Takut nanti ada yang digelar si anak hantu
Biar sederhana segala menjadi temanmu
Di pintu syurga itu ganjaran pahalamu..

Pesan aku pada anak ku
Kalau kau seorang perempuan jadilah seperti siti khadijah
Mulianya pekerti tiada toloknya
Walau dikait bidadari bukan penjodohnya
Kerana satu dalam seribu belum tentu bertemu ia..

Pesan aku pada anak ku
Kalau kau seorang lelaki jadilah seperti rasulullah
Bersifat al amin luhur murni jiwanya
Tak gentar walau di kacau jiwa mudanya
Kerana belum tentu satu dalam seribu mahupun berjuta..

Pesan aku pada anak ku
Jangan diikut perangai buruk ku
Kerana aku bukan manusia bersifat al amin
Kekadang mengikut perasaan tak tentu haluan
Tunjang kesabaran hilang merayau – rayau

Pesan anak ku pada ku
Biar buruk dipandang kau tetap penghuluku
Kerana tanpa engkau tiadalah aku disini
Tunjukkan aku jalan yang suciBiarpun kau bukan bergelar manusia al amin

5 comments:

SaRaH said...

dah ada anak ke saudara azrul ni?
anyway, it's nice and meaningful, kot utk org yg ada anak..hehe..

Anonymous said...

Azrul dah kahwin ke? Anak Azrul ke tu? Cute mcm Azrul kan?

Anonymous said...

Apa khabar anak azrul sekarang? begitu juga dengan ibunya? Moga sihat sejahtera dan bahagia selalu, InsyaAllah.

Anonymous said...

cute la ank abg azrul nie...
mcm abg azrul gak...
kemungkinan besar mcm ibu nye gak...
ops...hu3...

Anonymous said...

x sangka Azrul dh kahwin..kenal2 dia pun time dia kt Raja Lawak..muka x makan dek usia..x sangka umurnya dh 37..saya baru 19..comei bebenor Azrul ni..semoga sihat selalu...